Description: Hello, Im Shad. I write about Lifestyle, Beauty, and Travel
beauty (10834) personal (9868) lifestyle (7061) product review (41) advertorial (40) and travel (2)
RMHC Malaysia Sumbang Bilik Terapi Sensori Untuk Anak Istimewa . Baru-baru ini pihak McDonald’s Malaysia sekali lagi telah menabur jasa dengan membantu warga kita. Kalau nak tahu, pihak McDonald’s Malaysia memang dari dulu lagi selalu sangat buat kerja amal. Terlalu banyak projek amal mereka lakukan hingga dah tak terkira dengan jari kaki tangan.
Saya selalu melihat kempen mereka yang dikongsikan oleh pihak media dari masa ke semasa. Saya selalu juga membaca kempen-kempen masyarakat oleh pihak McDonalds Malaysia dari blog Sis Hawa . Banyak betul kempen terbaru sampaikan saya rasa, bagusnya pihak McDonalds Malaysia ini sebab benar-benar prihatin dengan masyarakat.
Paling tak sangka, bukan hanya bertumpu di ibu negara, pihak McDonalds Malaysia berikan sumbang hingga ke negeri Perlis. Bukannya dekat tu, kerana ibu pejabat McDonalds pastinya terletak di Kuala Lumpur kan? Ini membuktikan, betapa bersungguhnya pihak McDonalds nak berikan bantuan pada pihak yang memerlukan.