seriputeri.edu.my - Sekolah Seri Puteri | Moulding Innovative Leaders of Tomorrow

Example domain paragraphs

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dibina atas tapak seluas 20 ekar. Tapak asal merupakan bukit tinggi dan lereng bercerun yang sebahagiannya mengandungi pokok getah tua. Sekolah Bestari Elit ini terletak di Flagship Zone Cyberjaya di atas tanah tinggi yang menghadap sebahagian tasik buatan yang membentuk Tasik Putrajaya. Tapak bersegi tiga ini diapit oleh laluan ERL di sebelah barat, jalan B di selatan dan Tasik Putrajaya di bahagian timur. Selari dengan laluan ERL ialah Lebuhraya Putrajaya – Dengkil – KLIA. Se

Konsep pembangunan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menerap ciri-ciri yang boleh menjana pembelajaran sains dan teknologi berteraskan penggunaan ICT serta dapat menggalakkan murid-muridnya berinteraksi dan berinovasi. Kapasiti maksimum sekolah boleh menampung sehingga 1200 orang murid dan 250 orang staf akademik dan staf sokongan. Sekolah ini mengandungi tiga zon utama iaitu zon awam yang mengandungi Dewan Besar dan kemudahan rekreasi seperti Astaka, Balapan, Padang Hoki, Gelanggang Bola Jaring, Gelanggang Bol

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya juga mempunyai sebuah Dewan Besar yang boleh memuatkan 1200 orang dan Dewan Kuliah yang boleh menampung 255 orang. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya merupakan Sekolah Berasrama Penuh Elit dan juga berstatus Sekolah Bestari. Murid-muridnya datang daripada seluruh pelusuk negara termasuk Sabah dan Sarawak.