Profil Sekolah
SMK Saujana Utama telah dibuka pada 22 Mei 2003. SMK Saujana Utama diberi nama sempena lokasinya yang terletak di kawasan perumahan Saujana Utama.
SMKSU mula beroperasi pada Jun 2003 (1 sesi persekolahan) dengan bilangan pelajar 65 orang dan bilangan guru seramai 13 orang. Ketika itu hanya terdapat 2 buah kelas iaitu; satu kelas tingkatan satu dan satu kelas tingkatan 2. Namun dengan pertambahan bilangan penduduk di kawasan perumahan Saujana Utama ini, bilangan pelajar di SMK Saujana Utama juga telah meningkat secara mendadak pada 7 buah kelas pada tahun 2004 dan tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 2015 bilangan kelas dijangka mencecah 80 buah kelas.